231
likes
529
comments
daily view 0
monthly view 0
Live Analytics
Comments 0
VIRAL MALAYSIA,#MasjidRazaleighGuaMusangKelantan Analytics Table
Income Estimates for VIRAL MALAYSIA,#MasjidRazaleighGuaMusangKelantan
Based on this YouTube video's total view count of 1.53K views and industry-standard rates, the estimated total earning is $1 - $3 through ad revenue. Historical data is not yet available to calculate daily, weekly, or monthly averages.
About VIRAL MALAYSIA,#MasjidRazaleighGuaMusangKelantan
Explore VIRAL MALAYSIA,#MasjidRazaleighGuaMusangKelantan with 1,529 views, 231 likes, and 529 comments. Experience the impact of this video content that has captured audience attention.
PROGRAM KERJA TULANGIS MAJU Sumber:ms.wikipedia.org SEJARAH Bangunan lama (tapak asal) Bangunan kayu Masjid ini dipercayai dibina sebelum tahun 1940-an menggunakan bnaan kayu. Masjid ini juga merupakan masjid bandar (masjid kepala jajahan) dan masjid pertama di Gua Musang sebelum terbinanya Masjid Tengku Muhamad Faiz Petra. Masjid ini juga menjadi saksi kekejaman komunis menguasai Tanah Melayu di mana seorang wanita mengandung dibunuh oleh askar komunis dan terpaksa dikebumikan di sebelah masjid (ketika itu masih dengan binaan kayu) sebelum ahkirnya kubur tersebut masuk ke dalam ruang solat tatkala proses baikpulih dan perluasan masjid[3]. Pada waktu itu masjid berkenaan dibina dengan kayu dan hanya mampu menampung hanya kurang 100 jemaah sahaja sebelum diubah suai 50 tahun kemudian untuk menampung bilangan jemaah yang bertambah ramai menyebabkan kedudukan pusara Allahyarham berada di dalam ruang solat masjid sehingga sekarang[4]. Pusara tidak dialihkan bertujuan untuk menjadi renungan dan menjadi bukti sejarah terhadap kekejaman komunis. Tahun demi tahun berlalu, madrasah berkenaan dinaik taraf menjadi masjid dan diperbesarkan dari semasa ke semasa sehingga menyebabkan kubur Nik Mah berada dalam ruang solat masjid seperti mana yang dapat disaksikan pada hari ini. Bangunan batu-bata Pada 7 Februari 1978, bangunan masjid yang baharu dibina di atas tapak yang sama bagi menggantikan bangunan kayu yang lama ( ketika itulah kubur wanita tersebut dimasukkan ke dalam ruang solat utama). Masjid tersebut dirasmikan oleh YBM Tengku Razaleigh Tengku Hamzah, Menteri Kewangan Malaysia pada ketika itu.Masjid tersebut kemudian dinamakan sempena nama beliau kerana sebelum ini, nama masjid itu hanyalah : Masjid Pekan Gua Musang, Ulu Kelantan (sebagaimana terdapat pada kapsyen gambar kulit majalah Pengasuh pada awal 80-an). Menurut imam masjid tersebut, dahulu kubur tersebut dipagar dengan besi dan dapat dilihat secara jelas. Namun, atas saranan seorang mufti, kubur ini ditutup dengan kotak kayu supaya tidak menganggu tumpuan jemaah yang singgah bersolat.[5] Bangunan baharu Pada Mac 2012, YBM Tengku Razaleigh Tengku Hamzah telah mengemukakan cadangan kepada ahli jawatankuasa masjid dan para jemaah untuk membaik pulih masjid lama yang telah uzur dan sering dinaiki air saban tahun. Mereka kemudiannya bersetuju untuk membina masjid baharu di tapak balai polis lama yang terletak kira-kira 500 meter dari tapak asal[6]. Sebenarnya idea untuk menaiktaraf masjid sedia ada memeang telah diajukan sejak PRK Galas November 2010 dan pihak jawatankuasa pembinaan masjid telah menerima sumbangan daripada Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri ketika itu. Cuma, projek tersebut dimulakan hanya enam tahun selepas itu. Sebelum PAS menjalin kerjasama dengan UMNO, PAS tidak berpuas hati dengan projek tersebut kerana ia juga melibatkan Pejabat PAS Jajahan Gua Musang, PASTI Al-Akhlaq dan sebuah gelanggang futsal yang mana tempat tersebut mungkin perlu dirobohkan dan/atau dipindahkan bagi memberi laluan kepada pembinaan masjid[7]. Sehingga sekarang, pihak UMNO masih memohon dengan pihak PAS untuk perkara tersebut dan ia masih di peringkat perbincangan memandangkan pihak UMNO berhajat untuk menjadikan pejabat dan PASTI tersebut sebagai tempat parkir kenderaan masjid baharu. Faktor-faktor pembinaan Bangunan Masjid Razaleigh yang baharu dibina kerana bangunan yang lama tidak lagi mampu menampung tambahan jemaah yang semakin meningkat saban tahun. Hal ini kerana pertambahan penduduk di bandar Gua Musang sejak awal 2000-an dengan wujudnya taman perumahan baru antaranya Bandar Utama, Taman Cindai dan banyak lagi perumahan lain di dalam mukim Bandar Baru. Sebelum terbinanya masjid yang yang baharu, para jemaah dari taman perumahan tersebut serta seluruh kawasan bandar dan sekitarnya meliputi Kg Tanah Puteh hingga ke Bandar Utama, dari Chin Teck hingga ke Kg Kundor terpaksa bersolat jumaat di Masjid Tengku Muhamad Faiz Petra. Dengan terbinanya masjid tersebut, dapatlah ia menampung lebih ramai jemaah dari anak mukim Bandar Lama untuk solat di masjid mukim mereka sendiri. Selain masjid ini, ada beberapa masjid lain di Gua Musang yang sedang dinaiktaraf. Antaranya, Masjid Taman Wangi, Masjid Nur Iman Taman Damar - Kesedar Jaya, Masjid Al-Muqarrabin Kg Kundur dan Masjid At-Taqwa Kg Lembaga. Terdapat juga masjid yang masih dalam peringkat cadangan iaitu Masjid Kg Tanah Puteh Selain itu, masjid lama tidak lagi sesuai untuk solat jumaat kerana tiada tempat letak kenderaan yang mencukupi bagi menampung kehadiran jemaah yang terlau ramai; memandangkan masjid tersebut terletak di celah-celah petempatan di Bandar Lama. Parkir yang sedia ada juga terletak agak jauh dari masjid. Ianya menyukarkan para jemaah lebih-lebih lagi jika membawa kereta. Masjid yang lama tidak sesuai digunakan kerana masjid tersebut sering dilanda banjir. Kedudukan masjid yang terletak di tepi Sungai Galas juga mendedahkan masjid kepada risiko banjir dan tanah runtuh di tebing sungai
About YouTube Real-Time View Count
With SocialCounts.org’s view counter, track your YouTube video’s live view count and YouTube likes count in real time with fast, reliable updates.
Watch every YouTube video live view count rise with our real-time YouTube views tracker—built for accuracy and minimal delay.
Follow YouTube real time views as they happen, using our dedicated view counter for YouTube videos.
Get up-to-date live view count on YouTube and see real-time growth with SocialCounts.org’s smart tracking tools.
Embed Widget
Parameters:
fullscreen=true- Fullscreen countergraph=true- Live graph chartcounter=0/1/2- Select counter (0=likes, 1=views, 2=comments)
URL
Click to copy the embed URL to your clipboard

